fbpx

PM mahu anak muda kuasai pelbagai bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) ketika sesi lawatan di Sekolah Menengah Persendrian Jit Sin, Bukit Mertajam, hari ini.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedaya upaya mahukan semua rakyat terutama anak-anak muda mempunyai kemahiran dan keterampilan dalam pelbagai bahasa demi mengangkat nama negara ke persada dunia.

Menurutnya, ibu bapa haruslah menyemai anak-anak mereka dengan kecekalan ilmu untuk menguasai bahasa dalam sebuah negara yang bersatu.

“Kalau anak-anak kita menguasai bahasa Cina dan Inggeris dengan baik, ia menggalakkan rakyat Malaysia ini sedia berubah. Tak hilang Melayu kita, tak hilang bahasa kita, tak hilang agama Islam.

“Di peringkat antarabangsa, kalau saya tidak menguasai bahasa Inggeris, saya tak boleh mengajar di universiti. Saya tak boleh bicara dengan senang, bebas kerana ini medan antarabangsa.

“Jadi, saya ingin mahu anak-anak kita juga menguasai bahasa Inggeris untuk menyelamatkan dan mengangkat martabat negara kita sebagai kawasan ekonomi yang penting. Tapi mesti keamanan, mesti kedamaian serta hormat-menghormati,” katanya ketika berucap pada Sesi Lawatan ke Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, bukan mudah untuk memelihara satu bangsa Malaysia tanpa ada sikap yang positif menolak fahaman politik.

“Saya tahu tentang semangatnya, perpaduannya, kecintaannya dan kemanusiaannya yang ditekankan di sini. Apa erti pendidikan? Didik bagi orang cerdik pintar bahasa Cina, pintar bahasa Melayu dan pintar bahasa Inggeris.

“Negara ini ada perlembagaannya, bahasanya dan raja-rajanya tetapi kita harus terima kepelbagaian itu, bahasa-bahasa lain. Apatah lagi bahasa yang boleh bantu kita,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI