fbpx

Mangsa banjir Kota Tinggi terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini Taman Mawai, Kota Tinggi yang masih belum surut selepas dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak pagi semalam.

KOTA TINGGI – Mangsa banjir di daerah Kota Tinggi terus meningkat dimana seramai 851 mangsa banjir telah dipindahkan sehingga awal pagi tadi.

Semua mangsa dari 302 keluarga itu ditempatkan di 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah ini susulan hujan berterusan sejak pagi semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, tiga PPS baru dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sedili Kecil, Dewan Albarakah Seri Delima dan SK Gembut.

Katanya PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas membabitkan seramai 33 mangsa dari tujuh keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota menempatkan 145 mangsa dari 60 keluarga.

Manakala di PPS Sekolah Rendah Agama Bersatu (SRAB) menempatkan 175 mangsa dari 50 keluarga, SK Laksamana 137 mangsa dari 51 keluarga dan SK Bandar Penawar 1 melibatkan 130 dari 60 keluarga.

“PPS Dewan Kampung Makam menempatkan 56 mangsa dari 18 keluarga, Dewan Kota Kecil 24 mangsa dari 16 keluaga dan SK Teluk Ramunia 63 mangsa dari 21 keluarga.

“SK Kebangsaan Sedili Kecil menempatkan 17 mangsa dari 4 keluarga, Dewan Albarakah Seri Delima 47 mangsa dari 14 keluarga juga SK Gembut tiga mangsa dari satu keluarga dimana ketiga-tiga menunjukkan trend peningkatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu terdapat enam laluan yang ditutup sepenuhnya untuk semua kenderaan iaitu di Jalan Lok Heng/Mawai/ Sungai Mas, Jalan Mawai Lama (Rumah Burung), Ladang Siang (Taman Sri Penawar), Jalan Johor Bahru Endau, Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI