TAIPING – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 26 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap sembilan buah lori yang ditahan dalam satu operasi di Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara dan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, dua dari lori yang ditahan itu telah disita kerana membawa membawa muatan melebihi 100 peratus daripada had dibenarkan.
“Dua buah lagi lori gagal untuk hadir timbang dan tidak mahu memberi kerjasama yang mana mereka akan dikenakan tindakan yang tegas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Operasi di Lebuh Raya Utara Selatan itu bermula dari Changkat Jering ke Semanggol manakala di WCE melibatkan kawasan Manjung, Taiping dan Seri Iskandar.
Beliau berkata, semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat sebuah treler menggunakan tayar rosak yang mana ia mengancam keselamatan pengguna lalu lintas yang lain dan kenderaan itu telah disita. – KOSMO! ONLINE