fbpx

Lee Yoon-hee meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTOR Lee Yoon-hee meninggal dunia pagi tadi.

PELAKON veteran Korea Selatan, Lee Yoon-hee meninggal dunia pada usia 64 tahun, pagi tadi.

Media melaporkan mendiang pergi secara mengejut dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian.

Pelakon yang memulakan karier lakonan sejak 1985 difahamkan tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit.

Kematian pelakon filem Miracle In Cell No. 7 itu cukup mengejutkan apatah lagi dia baharu sahaja menandatangani kontrak eksklusif dengan Beom Entertainment.

Sementara itu, Beom Entertainment selaku syarikat pengurusannya meluahkan kesedihan dengan menyatakan pemergian mendiang sebagai kehilangan besar buat dunia hiburan.

Dikhabarkan pengebumian Yoon-hee bakal dijalankan pada 13 Januari ini.

Menyingkap pembabitan dalam arena lakonan, mendiang beralih ke layar perak pada 2007 dengan membintangi Secret Sunshine.

Populariti filem tersebut mengukuhkan kedudukannya dalam industri hiburan.

Sepanjang kerjayanya, Yoon-hee membintangi pelbagai filem dan drama dengan penampilan sering mendapat pujian kerana keupayaannya menghidupkan watak versatil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI