fbpx

KKM rekod 1 kes baharu mpox

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes baharu jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan pada semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 12 kes sejak Julai 2023.

Menurut kenyataan KKM, kes baharu ini melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari.

“Pesakit telah mendapatkan
rawatan pada 10 Januari (semalam), kini berada dalam keadaan stabil dan
sedang menerima rawatan di hospital.,” katanya hari ini.

KKM memaklumkan, sejak mula dilaporkan, sembilan kes mpox dicatatkan pada 2023, dua kes pada 2024, dan ini adalah kes pertama bagi tahun ini.

“Kesemua kes yang dilaporkan merupakan clade II,” ujarnya.

KKM menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau situasi mpox di dalam dan luar negara serta memberikan maklumat terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan rasmi terus daripada saluran yang sahih dengan mengikuti akaun-akaun media sosial KKM.

“Untuk maklumat lanjut juga, soalan lazim (FAQ) berkenaan mpox boleh dicapai di pautan berikut: mpox.moh.gov.my/ms/soalan-lazim,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI