fbpx

Hujan lebat badai Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di Sabah sehingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan keadaan ini menjejaskan beberapa kawasan seperti Pedalaman di Tambunan, Pantai Barat, Sandakan di Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan, serta Kudat.

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan berlaku di sekitar Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur petang ini.

Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI