BANGKOK – Rangkaian stesen minyak Perbadanan Petroleum Thailand (PTT) mengumumkan penurunan harga runcit bagi pelbagai jenis petrol sempena sambutan Hari Kanak-kanak, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Bermula hari ini, harga semua jenis petrol akan turun sebanyak 0.30 baht (RM0.03) seliter.
Sementara itu, minyak gasohol E20 iaitu campuran petrol dengan etanol menyaksikan penurunan sebanyak 0.40 baht (RM0.05 sen) dan E85 turun sebanyak 0.50 baht (RM0.06) seliter.
Berikutan pelarasan itu, petrol akan berharga 43.94 baht (RM5.69) seliter.
Gasohol 95 berharga 35.65 baht (RM4.62) seliter dan Gasohol 91 boleh didapati pada harga 35.28 baht (RM4.57) seliter.
Harga untuk E20 ialah 33.44 baht (RM4.33) seliter dan E85 ialah 33.09 baht (RM4.29) seliter.
Harga diesel bagaimanapun tidak berubah. – AGENSI