fbpx

Enjin pesawat Boeing terbakar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ratusan penumpang diturunkan daripada pesawat Boeing 757-300 selepas enjinnya terbakar. - X

SAINT PAUL, MINNESOTA – Sebuah pesawat Delta Airlines mengalami detik cemas apabila satu enjinnya terbakar sebelum berlepas dalam nahas di Amerika Syarikat, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 9.10 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson, negeri Minnesota pagi semalam. 

Pesawat Boeing 757-300 itu membawa 201 penumpang, dua juruterbang dan lima pramugari.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan Delta Airlines berkata, beratus-ratus penumpang terpaksa dipindahkan menggunakan gelongsor kecemasan. 

“Empat penumpang cedera semasa operasi pemindahan dengan seorang dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,  manakala tiga lagi dirawat di tempat kejadian,” katanya. 

Rakaman dimuat naik di platform media sosial menunjukkan penumpang turun dari pesawat sebelum dibawa ke terminal dengan bas.

“Enjin pesawat itu terbakar semasa ribut salji, menyebabkan pembatalan dan kelewatan,” tambahnya. 

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, siasatan nahas itu sedang giat dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI