fbpx

Dua bot gaji nelayan Myanmar secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot nelayan yang menggaji warga Myanmar ditahan oleh Maritim Selangor di sekitar perairan Klang, semalam.

KLANG – Kegiatan menggajikan warga asing sebagai nelayan terbongkar menerusi penahanan lapan lelaki warga Myanmar di atas dua bot berasingan di sekitar perairan daerah ini, semalam.

Mereka yang berusia 30 hingga 47 tahun ditangkap pada pukul 2.50 pagi dan 1 tengah hari bersama sejumlah pelbagai hasil laut.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kejayaan itu hasil risikan dan rutin rondaan penguatkuasan dijalankan pihaknya.

Katanya, tangkapan pertama dilakukan di kedudukan 2.1 batu nautika barat daya Sungai Janggut, di sini.

Antara nelayan warga Myanmar yang ditahan dalam operasi oleh Maritim Selangor di sekitar perairan Klang, semalam.

“Bot terbabit dikesan sedang leka melakukan aktiviti perikanan di bawah lapan batu nautika dari daratan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu mempunyai dua warga tempatan termasuk tekong. Selain itu, tiga warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri yang sah dan permit kebenaran bekerja di atas vesel berkenaan,” katanya hari ini.

Menurut Abdul Muhaimin, penahanan kedua melibatkan lima warga asing sama di kedudukan 15.9 batu nautika barat daya Pulau Pintu Gedong, manakala semakan turut mendapati bot itu telah tamat tempoh.

“Kesemua nelayan itu bersama bot dan hasil rampasan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI