fbpx

‘Doa yang baik-baik’ – Fattah Amin, Amira Othman hanya kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATTAH akhirnya tampil menjelaskan dia dan Amira tiada hubungan istimewa sebaliknya hanya kawan.

PETALING JAYA – Sering dikenenkan dengan Amira Othman, pelakon Fattah Amin mengakui hanya bersahabat dengan penyanyi itu sejak bertemu di konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza tahun lalu.

Begitupun, Fattah atau nama lengkapnya Abd Fattah Mohd. Amin, 34, menyambut baik doa peminat yang mahu melihatnya bahagia.

“Kami berdua kawan, baru hari itu ada berjumpa dengan dia di konsert Siti Nurhaliza.

“Doakan sahaja yang baik-baik, saya bukan berkawan dengan dia sahaja tetapi dengan semua orang.

“Kalau peminat dan orang luar sana mendoakan yang baik, saya aminkan tetapi bercakap fasal jodoh, saya tak boleh ulas,” katanya dalam sebuah temu bual dengan media tempatan.

Ditanya mengenai penggunaan tanda pagar Hati-Hati dalam hantaran, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu memaklumkan tiada maksud tersirat.

“Itu biar saya sahaja yang tahu. Lagi pula itu hantaran lama, saya buat tanda pagar tersebut sebab macam berkaitan.

“Tiada apa-apa maksud lain, kalau ada yang buat andaian sendiri ikut suka mereka. Masing-masing ada pemahaman sendiri,” jelasnya.

Menurut duda anak satu itu, dia enggan memikirkan soal jodoh buat masa ini kerana sibuk memenuhi jadual kerja.

“Jodoh, ajal tiada siapa yang tahu. Itu semua takdir Allah, saya sibuk bekerja tak fikir mengenai jodoh,” ujarnya lagi.

Mutakhir ini, Fattah didakwa menjalin hubungan istimewa dengan Amira apabila kerap berbalas komen dalam media sosial.

Bagaimanapun, ada juga pihak mendakwa kemesraan mereka sekadar gimik pemasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI