fbpx

CEO syarikat penyiaran, tiga individu direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan di sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak semalam. - Foto FB Sarawak Update

PETALING JAYA – Empat suspek termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penyiaran di Sarawak yang ditahan semalam selepas disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram direman tiga hari.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keempat-empat suspek direman bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Bagaimanapun katanya, seorang yang ditahan semalam iaitu anak kepada CEO terbabit dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan kini tertumpu kepada transaksi aliran wang yang mencurigakan dilakukan suspek,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo melaporkan lima individu ditahan membabitkan CEO sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak termasuk dua melalui Op Ragada di Sarawak dan Pulau Pinang.

Razarudin berkata, tangkapan tersebut dilakukan susulan maklumat risikan yang mendapati terdapat pengaliran wang mencurigakan dikenal pasti membabitkan beberapa akaun bank sejak 2017 hingga September, tahun lalu.

Hasil daripada serbuan itu juga, pasukan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) turut menyita serta membekukan pelbagai aset termasuk kenderaan, akaun bank dan dokumen dianggarkan bernilai RM17.4 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI