fbpx

Kerajaan tidak sorok Titah Adendum – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) ketika berucap pada Program Muhibbah Madani Anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di pekarangan MBSP, petang tadi.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang kerajaan tidak pernah menyembunyikan Titah Adendum bagi membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Sebaliknya katanya, titah tersebut ketika itu adalah di bawah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Menurutnya, beliau antara individu awal membawa perkara tersebut di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Di sini (Pulau Pinang) baru saya nak jawab. Dua minggu saya tak jawab. Saya…kita kena faham macam mana undang-undang kita.

“Siapa yang bawa? Saya bawa…Sebab apa saya bawa? Saya fikir setuju tak setuju dengan orang itu kita kena bagi peluang. Raja bagi pertimbangan. Jangan luahkan kita tak setuju, sampai dia nak bukakan rayuan pun tak boleh.

“Semasa mesyuarat tersebut, saya bawa hujah yang merangkumi laporan kesihatan, penjara, laporan polis sebelum ia diputuskan Yang di-Pertuan Agong sama ada mahu menerima atau menolak permohonan tersebut.

“Bukan kita sorok. Keputusan sekadar nasihat Peguam Negara kepada YDP Agong yang lalu yang saya hadir masa itu, apa-apa keputusan, keputusan mutlak YDP Agong tapi dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan,” katanya ketika berucap pada Program Muhibbah Madani Anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di pekarangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Anwar turut mencela sikap pemimpin pembangkang yang seolah-olah menyalahkan beliau berhubung isu Titah Adendum melibatkan Najib.

“Ini dunia, ada orang kata Anwar harus ditangkap dan harus dihukum gantung. Ini politik sekarang ni, saya tak ada masalah, tapi apa dia yang Pas ni punya hentam Najib dari rambut sampai kaki, la ni junjung kerana politik,” ujarnya.

Baru-baru ini, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, kerajaan tidak pernah menyembunyikan dokumen dikaitkan dengan Titah Adendum yang dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Katanya, beliau sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak pernah melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI