fbpx

Borong bundle, Nabila Huda baik punya contoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA

SETIAP pelakon mempunyai cara tersendiri untuk menghidupkan watak lakonan. Ada yang mengasingkan diri daripada dunia luar dan sebagainya.

Lain pula caranya dengan Nabila Huda yang ‘shopping’ sakan di kedai baju terpakai atau bundle untuk persediaan watak sebuah drama.

Bukan sahaja pakaian, Nabila turut menggunakan beberapa gaya rambut palsu yang berbeza.

Itulah yang dinamakan dedikasi. Usaha Nabila atau Abil meraih pujian, terutama kerendahan hati Abil tiada masalah memakai pakaian dari kedai bundle biarpun bertaraf ‘diva’.

“Relaks sahaja aktres senior cari baju di kedai bundle sementara pelakon lain sibuk cari tajaan.

“Dia punya usaha memang tak boleh lawan. Itu pun masih ada lagi yang tak mahu beri apresiasi bakat dan usaha dia, anugerah perlu diberi kepada Nabila!”

“Effort dia A+. Ikhlasnya buat kerja, tabik!,” komen netizen.

Diva pun setuju dengan komen netizen sebab memang wujud pelakon ‘bising’ bila tiada tajaan. Maka, jadikan Nabila contoh ya!

Diva: Bilalah agaknya kita dapat tengok wajah anak Nabila Razali dan Intan Najuwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI