fbpx

Bakar rimbunan kayu halau gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN padi huma yang dimusnahkan gajah liar di Simpang Gening dekat Pos Lenjang, Lipis.

LIPIS – Lebih 10 keluarga Orang Asli di Simpang Gening dan Kampung Nangka Belantara di Pos Lenjang di sini, berisiko kehila­ngan sumber makanan selepas tanaman padi huma seluas kira-kira empat hektar berdepan ancaman gajah liar.

Seorang petani, Daruddin Rahim, 40, berkata, sejak tiga malam berturut-turut dua ekor gajah liar dikesan menceroboh kawasan tanaman padi huma yang baru berusia dua bulan, diusahakannya seluas kira-kira 0.8 hektar.

“Haiwan liar itu juga makan pokok padi muda dan selebihnya dipijak serta dimusnahkan sebelum beredar ke kawasan kebun pisang dan ubi kayu berdekatan kawasan tanaman ini,” katanya di Simpang Gening, Pos Lenjang dekat sini semalam.

Menurut Daruddin, keha­diran gajah liar berkenaan yang kerap masuk ke tanaman mereka me­nimbulkan keresahan berikutan penduduk sememangnya bergantung kepada tanaman ber­kenaan sebagai sumber makanan dan ­pendapatan.

Katanya, mereka terpaksa mengambil risiko dengan berjaga malam untuk menghalau haiwan liar itu daripada terus memusnahkan tanaman.

“Sekiranya kawanan gajah liar ini terus menceroboh bermakna petani di sini akan mengalami kerugian dan jangkaan kami untuk memperoleh hasil sebanyak 200 guni padi huma bagi keperluan makanan keluarga tidak kesampaian.

“Petani di sini tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya kawasan padi huma dan tanaman lain diceroboh gajah liar, kami hanya mampu menghalau dari jauh dan membakar rimbunan kayu, tetapi haiwan ini tetap datang mencari makanan,” katanya.

Sementara itu, seorang petani, Jamil Bongsu, 43, berkata, ancaman gajah liar menyebabkan penduduk kehilangan pendapatan kerana ada tanaman seperti pisang, ubi kayu dan sawit dijual untuk keperluan sara hidup.

“Padi huma yang kami tanam tidak dijual hanya untuk makanan keluarga dalam tempoh antara tiga hingga empat bulan sebelum padi baharu yang di­tanam boleh dituai,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI