fbpx

‘Anak saya tidak mengatasi undang-undang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri bagi bulan November 2024 di Setia Perkasa, KDN, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

SEPANG – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa anaknya tidak akan terlepas daripada apa-apa tindakan undang-undang.

Saifuddin berkata, jika ada laporan polis terhadapnya maka, ia akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Anak saya tidak mengatasi undang-undang dan kalau ada laporan ke atasnya, itu tanggungjawab polis untuk menyiasat setelusnya dan seadilnya.

“Merujuk kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ni, kertas siasatan sudah disempurnakan dan sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR),” katanya selepas meninjau operasi kod Respons Pantas (QR) MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes membabitkan anaknya itu.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri seperti yang tular di laman media sosial sejak Rabu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI