fbpx

500,000 pelajar dijangka ikuti kursus TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kanan) ketika melawat Kampus Institut Malaysia-China (MCI) Bagan Datuk hari ini. ketika melawat Kampus Institut Malaysia-China (MCI) Bagan Datuk hari ini.

BAGAN DATUK – Kerajaan menyasarkan jumlah pelajar yang mengikuti Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) mencecah 500,000 orang pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan itu susulan sambutan menggalakkan daripada pemohon bagi bidang kursus yang ditawarkan.

Katanya, sebanyak 1,398 institusi TVET di seluruh negara menawarkan pelbagai kursus bersesuaian dengan permintaan industri.

“Kita telah membuka permohonan mengikut fasa yang ditetapkan dan dengan kerjasama 1,398 institusi TVET ini, kita jangka sambutan daripada kursus-kursus yang disediakan ini cukup menggalakkan.

“Kursus-kursus ditawarkan ini adalah kursus yang bersesuaian dengan permintaan majikan khususnya pihak industri di mana Memorandum Perjanjian (MoA) telah ditandatangani antara TVET dengan pihak majikan dan industri.

“Ini bermakna setelah pelajar-pelajar ini tamat kursus, mereka akan terus bekerja dengan majikan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kampus Institut Malaysia-China (MCI) Bagan Datuk di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan beliau berkata, kerajaan berhasrat mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap enam hingga lapan setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Bagaimanapun katanya, pengiktirafan itu perlu mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI