LUMUT – Seramai 30 mangsa banjir berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Manjung setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa dari lapan buah keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai di sini.
“Angka tersebut menunjukkan peningkatan daripada 27 orang mangsa dari tujuh buah keluarga yang direkodkan pada pukul 8 pagi hari ini.
“Sebanyak tiga buah kampung terlibat dengan banjir ini iaitu Kg. Padang Serai, Kg. Kasi dan Kg. Pengkalan Damar,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE