fbpx

200 peserta PLKN 3.0 lapor diri di Kem Askar Wataniah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 200 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 menjadi pelopor pertama program tersebut dan bakal memulakan latihan mereka esok.

Kementerian Pertahanan (Mindef) melalui satu kenyataan, program itu akan bermula secara berperingkat dalam meningkatkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan, dan melahirkan pemimpin masa depan.

“Bagi siri pertama, latihan akan dijalankan selama 45 hari iaitu pada 12 Januari hingga 25 Februari 2025 ini dengan berkapasiti seramai 200 pelatih dan bertempat di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur,” jelas kenyataan tersebut.

Semua pelatih berusia dalam lingkungan 18 sehingga 20 tahun itu akan menjalani latihan ketenteraan dan kenegaraan selama 45 hari sehingga 25 Februari depan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebelum ini berkata, PLKN 3.0 menekankan pembangunan disiplin, kepimpinan dan kefahaman sejarah negara dalam kalangan pelatih.

Beliau dipetik berkata, pelaksanaan PLKN 3.0 juga antara pendekatan bagi mencapai pertahanan menyeluruh negara melibatkan sumbangan rakyat dalam memastikan negara kekal aman.

Selepas latihan percubaan itu, fasa PLKN 3.0 seterusnya akan dilaksanakan di 13 Kem Askar Wataniah, 20 Universiti Awam, 33 Politeknik, 27 Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan beberapa Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) / Institusi Latihan Perindustrian (ILP) yang akan dijadikan tempat latihan asas PLKN di seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI