fbpx

[VIDEO] Pemuda hantar makanan guna ‘Tricil’ bikin netizen kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Tiktok.

PETALING JAYA – Sebuah Perodua Kancil yang digunakan untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan meraih perhatian netizen kerana ia tidak mempunyai cermin depan, pintu belakang dan juga bampar hadapan.

Menerusi perkongsian oleh Elisha Elieaa, kenderaan tersebut dilaporkan masih berfungsi dengan baik meskipun dalam keadaan serba kekurangan.

“Penghantar makanan macam ini tidak perlu risau, tidak sempat lapar pelanggan kita,” tulisnya di hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai komen lucu terhadap keadaan kenderaan tersebut.

“Elok betul kereta ini. Cermin depan langsung tiada. Apa yang penting, bahagian pemandu ada cermin. Pintu memang tiada jual di kedai, kena ikat betul-betul dulu takut debu masuk pada pemandu,” ujar Tbm5000.

“Inilah orang panggil ‘Tricil’ (Triton + Kancil). Memang luar biasa. Tapi pastikan ‘wiper’ itu diikat, takut nanti rosak pula,” kata Vee Samat.

“Kalau begini, pelanggan baru buat pesanan, belum sempat bayar, sudah sampai depan rumah,” seloroh Pejausin. -KOSMO! ONLINE

@elisha_elieaaa runner ni jange rusing deh tkde lapa customer kito🤣. #fyppppppppppppppppppppppp #runner #luncur #fypage ♬ original sound – AdamZbp

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI