fbpx

UMNO terus mohon ihsan Agong untuk bebas Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASYRAF WAJDI

KUALA LUMPUR – UMNO akan terus memohon ihsan dan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia selaras dengan kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

“ UMNO selaku satu-satunya parti yang termaktub di dalam Perlembagaan partinya untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu akan sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“ UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut,” katanya.

Tambah Asyraf, menteri-menteri yang mewakili UMNO juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi kelak jika diperlukan untuk memberikan keterangan.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO malam ini telah mengadakan satu mesyuarat di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI