Salah satu sebab harta pusaka masyarakat Islam yang kini mencecah berbilion ringgit tidak dapat diuruskan waris untuk pembangunan ekonomi adalah kerana berpendapat penulisan wasiat itu tidak penting. Masyarakat Melayu begitu sensitif terhadap cadangan menulis wasiat yang diutarakan dalam keluarga masing-masing sehingga timbul persepsi ibu bapa, suami atau isteri sudah ‘buang tabiat’ dan menyangka ajal mereka sudah semakin hampir. Tidak salah sebenarnya kita membuat persiapan rapi sebelum meninggal dunia kerana usaha ini akan dapat memudahkan waris meneruskan kelangsungan hidup dengan sebaiknya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya