fbpx

‘Sekarang mama di situ, rasa boleh saja saya tidur di kubur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilafairy sangat merindui ibunya, Allahyarham Rohana Jalil yang meninggal dunia dua tahun lalu.

PETALING JAYA – Ibarat rindu yang tiada penghujung, pelakon Kilafairy mengakui sudah terbiasa berada di kawasan kubur selepas kematian ibu tersayang, Allahyarham Rohana Jalil dua tahun lalu.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, berkata, jika sebelum ini kawasan perkuburan adalah tempat yang paling digeruninya, sekarang dia ingin selalu berada dekat dengan ‘syurganya’ itu.

“Dulu takut sangat pergi dan lalu kubur.

“Sekarang bila mama dah dekat situ, rasa boleh sahaja tidur di kawasan kubur,” katanya dalam Threads.

Rata-rata peminat turut berkongsi pandangan sama dengan pelakon drama Realiti Cinta itu yang sangat merindukan insan tersayang.

“Betul sangat, saya lepas arwah Ayah dan suami dah di situ (kubur) pergi sorang-sorang sahaja sebab dah tahu orang yang kita sayang di sana,” kata peminat.

“Kubur dah jadi satu tempat ‘healing’ buat saya sebab arwah abah dan abang saya ada di situ,” ujar pengikut.

Sebelum ini, Rohana Jalil atau nama sebenarnya Dara Abd Jalil meninggal dunia pada 20 Jun 2023 akibat masalah kebocoran pada usus perut.

Selepas ketiadaan ibu, Kilafairy tidak lagi teruja menyambut Ramadan dan Aidilfitri berikutan sukar melupakan memori bersama insan paling penting dalam hidupnya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI