fbpx

Prestasi TFC bertaraf lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKHYAR (kanan) berjaya meledak dua gol ketika membelasah Shan United 5-0 di Yangon kelmarin. - FB TFC

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali mengakui lega apabila meraih kemenangan sulung di pentas Kejuaraan Kelab Asean (ACC) selepas menewaskan Shan United 5-0 pada aksi Kumpulan A di Stadium Thuwunna, Yangon kelmarin.

Menyedari situasi wajib menang untuk mengekalkan peluang mara ke peringkat seterusnya, Badrul nyata berpuas hati melihat komitmen anak-anak buahnya yang tampil dengan aksi berkelas lima bintang membenam wakil Myanmar itu.

“Pertama sekali tahniah kepada pemain dan seluruh pasukan. Sememangnya kehadiran kami ke sini adalah untuk mendapatkan tiga mata.

“Kami tahu bahawa kami perlukan tiga mata dan kemenangan 5-0 adalah bonus buat kami. Kini kami boleh terus melihat ke depan bagi mendapatkan tiga lagi mata dalam perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan itu, bintang import TFC, Manuel Ott dan tonggak kebangsaan, Akhyar Rashid masing-masing menyumbang dua gol diikuti satu jaringan daripada Safawi Rasid.

Kejayaan itu pastinya menambah motivasi skuad Sang Penyu yang dijadualkan menentang gergasi Indonesia, PSM Makassar di Kuala Terengganu pada 22 Januari ini.

“Kami ada sasaran untuk ke separuh akhir dan berharap kami mampu menghadirkan tiga mata pada perlawanan selepas ini. Hasil kemenangan kali ini, saya harap pemain bersiap sedia,” tambah Badrul.

Sebagai rekod, TFC kini menduduki keempat Kumpulan A dengan empat mata, ketinggalan satu mata di belakang Thanh Hoa FC dari Vietnam yang berada di tempat kedua.

Selepas bertemu PSM Makassar yang kini memimpin carta Kumpulan A, TFC akan melengkapkan aksi peringkat kumpulan ACC dengan menentang pasukan tempat ketiga dari Thailand, BG Pathum United di Pathum Thani pada 5 Februari nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI