fbpx

PM Jepun diberi sambutan rasmi di Perdana Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) bersama Ishiba (kiri) ketika sambutan rasmi Perdana Menteri Jepun di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba yang dalam lawatan pertamanya ke Malaysia diberi sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Ishiba disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar pukul 9.02 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Beliau kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai Mejar Arifuddin Mohd. Yusuf.

Majlis itu turut dihadiri pasangannya, Yoshiko Ishiba dan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kedua-dua pihak dijangka akan meneliti semula kemajuan hubungan dua hala negara, terutamanya dalam bidang perdagangan serta pelaburan selain pembangunan sumber manusia dan kerjasama bidang tenaga.

Kedua-dua Perdana Menteri juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk situasi di Timur Tengah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI