fbpx

Penumpang buka pintu pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki cuba membuka pintu kecemasan. - CBS Boston

BOSTON, MASSACHUSETTS – Seorang penumpang cuba membuka pintu kecemasan ketika pesawat dinaikinya bersiap sedia untuk berlepas dari sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan pada Selasa lalu. 

Jurucakap Polis Massachusetts, Tim McGuirk berkata, penumpang dalam pesawat JetBlue itu membuka pintu keluar secara tiba-tiba. 

“Pintu sudah ditutup manakala pesawat berkenaan sudah mula bergerak di landasan semasa kejadian. 

“Penumpang itu berlari ke arah pintu dan menolaknya sehingga menyebabkan gelongsor kecemasan terbuka,” kata McGuirk. 

Menurut salah seorang penumpang, lelaki itu mengamuk selepas teman wanitanya enggan membenarkan dia melihat telefon bimbit wanita berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI