fbpx

Payung pantai ala Bali ganti khemah biru di Telok Kemang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arul Kumar beramah-mesra dengan sebahagian penerima payung selepas Majlis Penyerahan Payung Pantai di Pantai Telok Kemang, hari ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Setelah lebih empat tahun isu khemah biru di persisiran tiga pantai peranginan di Port Dickson di sini terutamanya di Pantai Telok Kemang menjadi pedebatan akhirnya, kemudahan berkenaan digantikan dengan payung pantai ala ‘Bali’.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, kemudahan baharu yang lebih tersusun dan cantik itu merupakan penyelesaian ‘menang-menang’ diambil Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan 33 pengusaha khemah biru.

Menurutnya, pihak MPPD telah memberikan sumbangan secara one-off sebanyak 270 unit payung pantai, 540 unit kerusi dan 270 meja kepada para peniaga dengan kos peruntukan berjumlah RM224,532.

“Kita ada 11 pantai peranginan, tiga pantai sahaja sebelum ni dipasang khemah biru iaitu pantai Telok Kemang, Pantai Cermin dan Pantai Tanjung Biru. Khemah biru ini ada antaranya sudah beroperasi 10 tahun lalu.

“Namun, kini, kita buat keputusan hanya di Pantai Telok Kemang sahaja akan dibenarkan pemasangan Payung Pantai yang akan diusahakan oleh 33 pengusaha yang sudah dilesenkan ini,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Penyerahan Payung Pantai di Pantai 3, Telok Kemang, di sini, hari ini

Dalam pada itu, Arul Kumar berkata, perlaksanaan sistem Payung Pantai yang baharu tersebut diberi tempoh percubaan selama enam bulan bagi melihat keberkesanan penyelesaian isu itu untuk ditambah baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI