fbpx

‘Nikmat hidup dapat sambut hari lahir di pekarangan rumah Allah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rezeki terindah biasa buat pelakon Norman Hakim apabila diberi kesempatan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49 di Tanah Suci, Mekah.

PETALING JAYA – Rezeki terindah biasa buat pelakon Norman Hakim apabila diberi kesempatan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-49 di Tanah Suci, Mekah.

Lebih manis, Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon dapat mengabadikan momen istimewa itu bersama ibu, Kamariah Kamat dan isterinya, Memey Suhaiza.

“Puncak nikmat hidup di atas muka bumi ini bila Allah SWT jemput untuk sambut ulang tahun kelahiran di pekarangan rumah-Nya bersama dengan keramat hidup iaitu insan yang melahirkan (ibu) dan tersayang (isteri).

“Terima kasih Allah untuk perancangan dan susun atur ini,” katanya dalam hantaran Instagram.

Dalam perkongdian tersebut, kelihatan bapa kepada enam anak itu sebak memeluk kedua-dua orang penting dalam hidupnya di hadapan Kaabah.

Selain itu, pelakon drama The Maid itu turut memanjat rasa syukur yang tidak terhingga atas peluang dapat beribadat di sana.

“Alhamdulillah, syukur nikmat. Terima kasih sekali lagi Allah SWT dan Rasulullah, tak sabar nak berjumpa dan ‘berinteraksi’ denganmu” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Norman turut berterima kasih atas ucapan yang diterima selain mendoakan perkara baik-baik untuk orang lain.

“Terima kasih juga untuk setiap ingatan, ucapan dan doa dari kalian semua.

“Semoga segala kebaikan yang dikirimkan melalui doa kembali semula buat yang mendoakan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI