fbpx

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyekat peningkatan harga tambang bas yang dikatakan bakal naik pada sesi persekolahan 2025, Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab mengawal harga tambang bas sekolah kerana ia bukan di bawah bidang kuasanya.

“Namun, sebarang peningkatan perlu melibatkan perbincangan di antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengusaha bas itu sendiri,” katanya ketika sidang media Penambahbaikan Jadual Bersepadu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral, di sini hari ini.

Terdahulu media mela­porkan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta MOT campur tangan dengan tidak membiarkan kadar tambang bas sekolah naik bermula Februari nanti.

Ia berikutan Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) yang tetap akan menaikkan kadar tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan 2025 mulai Februari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI