fbpx

[VIDEO] Mekah kembali dilanda hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan kawasan laluan jemaah yang digenangi air selepas hujan agak lebat melanda Mekah, hari ini.

ALOR SETAR – Mekah dilanda hujan agak lebat selama kira-kira 15 minit sebentar tadi iaitu kira-kira pukul 2.20 petang (waktu Arab Saudi).

Mutawif, Wan Batdron Mohd Hanafiah berkata, hujan seketika itu berlaku dari pukul 2.20 petang hingga 2.35 petang dan setakat ini tiada maklumat berkaitan kejadian banjir teruk di Tanah Suci.

Katanya, terdapat kawasan yang menjadi laluan jemaah umrah iaitu berhampiran Menara Jam dan Masjidilharam digenangi sedikit air.

“Walau bagaimanapun langit kelihatan masih gelap dan berkemungkinan hujan lagi,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan cuaca di Mekah semakin nyaman selepas beberapa lokasi termasuk kawasan berhampiran Masjidilharam dilanda hujan lebat pada Isnin lalu.

Kota Mekah dilanda cuaca ekstem menyebabkan sebilangan kawasan ditenggelami banjir, lapor akhbar Metro UK.

Beberapa rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kawasan-kawasan kejiranan sebahagiannya tenggelam di tengah-tengah hujan lebat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI