fbpx

Kemasukan warga China meningkat 3.9 juta selepas Pelan Liberalisasi Visa dilaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kadar kemasukan warga China selepas pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) mengalami peningkatan seramai 3.9 juta pada tahun lalu berbanding 1.6 juta pada tahun 2023.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, peningkatan itu hampir 140 peratus, sekali gus menunjukkan impak positif pelaksanaan PLV
dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama.

Selain itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut membenarkan warga asing dari 63 negara menggunakan kemudahan autogate di KLIA T1 dan T2 termasuk warga China sebagai memantapkan pengurusan kemasukan warga asing dan mengurangkan waktu menunggu.

“Pelaksanaan inisiatif autogate ini tidak menjejaskan aspek keselamatan kerana data pasport dan maklumat kemasukan akan melalui padanan data biometrik serta pengesahan wajah yang disimpan dalam cip pasport.

“Pelawat yang menggunakan autogate mesti memenuhi syarat-syarat seperti bebas daripada senarai syak dan senarai hitam serta telah mengisi Malaysia Digital Arrival Card (MDAC),
kecuali warga Singapura yang dikecualikan daripada keperluan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kemasukan pelancong China ke Malaysia dan dakwaan mereka tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen baru-baru ini.

Berhubung dakwaan ini, JIM menegaskan ia adalah tidak berasas dan boleh menjejaskan imej dan kredibiliti Jabatan.

Zakaria berkata, pihaknya menyokong dasar kerajaan untuk mempermudah kemasukan warganegara asing ke Malaysia, terutamanya pelawat sosial yang mampu menjana ekonomi negara.

Katanya, JIM sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan pengembara asing yang memasuki Malaysia tanpa kompromi terhadap isu keselamatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI