fbpx

Kejohanan Dunia, kelompok 15 jadi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF (belakang) dan Roy King menyasarkan sekurang-kurangnya satu gelaran dimenangi pada musim ini. - SHIDDIEQIIN ZON

TERKANDAS di pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 bukanlah penamat buat beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King memandangkan masih ada banyak pertandingan perlu diharungi selepas ini.

Bagi beregu yang menghuni ranking ke-23 dunia itu, banyak lagi cabaran perlu mereka hadapi termasuk memburu kelayakan ke Kejohanan Dunia serta memperbaiki kedudukan ranking.

Arif berkata, mereka juga meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya meraih satu gelaran selepas ini bagi memastikan dia dan Roy King terus berada dalam landasan terbaik sekali gus menaikkan keyakinan diri.

“Sasaran kami selepas ini, kalau boleh nak berada dalam kelompok 15 teratas ranking dunia. Jika kami dapat capai sebelum Jun nanti, sudah tentu menjadi satu perkembangan cukup baik untuk kami berdua.

“Selain itu, kami juga mahu dapatkan sekurang-kurangnya satu gelaran untuk beri lebih keyakinan kepada diri sendiri. Kami juga berharap dapat melayakkan diri ke Kejohanan Dunia,” katanya.

Terdahulu, Arif-Roy King terpaksa melupakan saingan Terbuka Malaysia lebih awal apabila tewas kepada beregu Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae menerusi keputusan straight set 17-21, 11-21.

Dalam pada itu, Roy King mengharapkan aksi lebih baik menjelang kejohanan seterusnya pada Terbuka India yang dijadualkan berlangsung di New Delhi minggu depan.

“Memang saya menaruh sepenuh keyakinan kepada pasangan (Arif) dan progres kami sebagai beregu. Apa yang penting sekarang adalah kami perlu fikir positif sahaja untuk kejohanan akan datang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN