PUTRAJAYA – Jepun sedia bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran mereka kepada Malaysia berkaitan isu bencana khususnya melibatkan banjir.
Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba berkata, ini kerana Malaysia sering terdedah kepada risiko dan kerosakan akibat bencana tersebut.
“Kami juga bersetuju bahawa antara Jepun dan Malaysia, kami ingin bekerjasama dalam pelbagai bidang dalam komuniti antarabangsa dan kami melihat adanya persamaan dalam pandangan,” katanya menerusi sidang akhbar bersama, di sini hari ini menerusi lawatan pertamanya ke Malaysia. – KOSMO! ONLINE