fbpx

Jeneral Aoun dipilih Presiden Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AOUN (tengah) mengangkat sumpah sebagai presiden Lebanon. - Foto AFP

BEIRUT – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Joseph Aoun, 61, dipilih sebagai Presiden Lebanon yang ke-14 oleh Parlimen semalam, lapor laman  berita Arab News.

Aoun menerima 99 undi, membolehkan beliau menggalas tanggungjawab untuk penggal selama enam tahun sekali gus mengisi kekosongan jawatan itu sejak 26 bulan lalu.

Aoun mengangkat sumpah jawatan Presiden di hadapan ahli-ahli parlimen sebelum menyampaikan ucapan beliau.

Dalam pada itu, sebahagian besar penduduk terutamanya di kampung halaman Aoun, Al-Aichieyh, selatan Lebanon menyalakan bunga api, menyembelih biri-biri dan mempersembahkan tarian tradisi Lebanon, dabke susulan pemilihan beliau.

Aoun memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera pada 8 Mac 2018 dan kini memimpin Lebanon yang dilanda pencerobohan Israel dan krisis ekonomi.

“Biar dunia tahu mulai hari ini(semalam), peringkat baharu sejarah Lebanon bermula dan saya akan menjadi hamba pertama negara ini yang akan menegakkan pakatan nasional dan melaksanakan kuasa penuh presiden tanpa berat sebelah.

“Jika kita mahu membina sebuah negara, kita semua mesti bernaung di bawah kedaulatan undang-undang dan badan kehakiman,” kata Aoun.

Aoun berkata, campur tangan dalam badan kehakiman adalah dilarang sambil menambah, tidak akan ada kekebalan untuk penjenayah atau individu yang korup serta tiada tempat untuk kumpulan penjenayah, pengedar  dadah  atau aktiviti pengubahan wang haram di Lebanon.

“Saya akan bekerjasama dengan kerajaan baharu yang akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk memastikan kebebasan badan kehakiman  di samping mencabar mana-mana undang-undang yang melanggar perlembagaan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI