JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor buaya menggunakan helah berpura-pura lemas untuk menjerat manusia ke dalam air, lapor portal berita The Economic Times semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zs_zahxxxra99 menunjukkan seluruh badan reptilia itu ditenggelami air sungai.
Namun, buaya itu mengeluarkan kakinya ke permukaan air, seolah-olah seperti mangsa lemas yang meminta bantuan.
Menurut penduduk tempatan, helah itu sengaja dilakukan agar buaya itu mendapat ‘makanan’ dengan cara mudah.
Rakaman itu mencatatkan lebih 3.1 juta tontonan bersama 31,200 tanda suka.
“Selain kena ‘scam’ dalam online atau telefon, kita boleh kena ‘scam’ dalam air!” kata seorang netizen.
“Bukan manusia memancing ikan, tetapi buaya memancing manusia!” kata netizen lain. – AGENSI