PETALING JAYA – Dua buah kenderaan mewah jenis Honda City dan BMW 330i dipercayai memiliki nombor pendaftaran yang sama sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Gambar kenderaan tersebut tular di platform Facebook dan laman X apabila rata-rata orang ramai meninggalkan persoalan siapakah yang patut dipersalahkan berhubung kejadian itu.
“Ini siapa salah? Pemilik? Ejen jual kereta? Atau pihak JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)?,” soal Zainal.
“Wah, tak tahu pula nombor plat sekarang pun macam Netflix! Satu akaun boleh guna banyak ‘device’,” seloroh Abrar Helmi.
Sementara itu, ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan situasi sama apabila nombor pendaftaran kereta mereka sama dengan kenderaan pemilik lain.
“Aku pernah kena nombor plat sama kereta pun sama, tetapi dia tinggal di Cyberjaya. Sebab pernah dapat e-mel kena saman. Kereta elok dalam rumah parkir.
“Tengah hari aku terus ambil gmbar ada ‘date stamp’ hantar dekat majlis sebab bukan kereta aka yang pihak sana saman,” kongsi Fadil Jerry. – KOSMO! ONLINE