fbpx

Hampir seluruh negara diramal hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 7 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Amaran ribut petir juga melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Bagi Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, manakala di Negeri Sembilan pula hanya melibatkan Jelebu,” lapor MetMalaysia.

Keadaan sama juga dilaporkan melanda Limbang di Sarawak, serta Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI