fbpx

Bayi maut asbab kecuaian taska, Uyaina saran ‘check’ di JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Memiliki anak kecil, Uyaina sangat terkesan dengan berita kematian bayi usia empat bulan didakwa berlaku di sebuah pusat asuhan.

PETALING JAYA – “Periksa dulu sama ada (taska) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).”

Demikian saranan pengacara Uyaina Arshad seraya memaklumkan sangat terkesan dengan kematian bayi usia empat bulan didakwa berlaku di sebuah pusat asuhan.

Kata Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, kejadian yang berlaku itu sangat menyayat hati terutama buat para ibu sepertinya yang mempunyai anak kecil.

“Kalau berdaftar, sekiranya apa-apa berlaku kita boleh ambil tindakan dan taska tersebut boleh disiasat dan ditutup.

“Hancur hati baca luahan hati seorang ibu yang baru sahaja kehilangan anaknya. Nak cari taska dan tadika. Semua buat saya jadi takut sebenarnya. Nauzubillah,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu tidak ketinggalan menzahirkan rasa takziah buat keluarga Allahyarham Handzalah atau nama sebenar Khairul Handzalah Sufi Khairul Azwan yang meninggal dunia, Jumaat lalu.

“Salam takziah untuk ibu dan ayah baby Handzalah. Semoga kalian bertemu semula di syurga nanti,” ujarnya.

Sebelum ini, tular luahan sedih seorang wanita menerusi hantaran aplikasi X mengenai bayinya yang meninggal dunia didakwa disebabkan kecuaian pihak taska.

Wanita itu mendakwa anaknya ditinggalkan bersendirian di dalam bilik dan dibiarkan tanpa pengawasan sehingga tidak boleh bernafas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI