fbpx

Anggota TLDM antara 2 maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara dua maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan pejalan kaki di Jalan UMS berhampiran Alamesra, malam tadi. -Foto IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara dua yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan pejalan kaki di Jalan UMS berhampiran Alamesra, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.30 malam itu, anggota TLDM berusia lingkungan 20-an menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC dan pejalan kaki lelaki berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan mendapati anggota TLDM berkenaan menunggang motosikal bersama rakannya dipercayai dari arah Jalan Sepanggar menuju ke pusat bandar raya dengan menggunakan lorong tengah jalan raya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba seorang pejalan kaki berlari melintas jalan dari arah kiri ke kanan jalan dipercayai untuk menyeberang jalan menuju ke rumah sewa di Kampung Pulau Penampang menyebabkan pelanggaran.

Pembonceng motosikal adalah lelaki berusia lingkungan 20-an cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesan pelanggaran itu Kasim berkata, penunggang terbabit bersama pembonceng serta motosikalnya terbabas ke hadapan sejauh tujuh meter,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI