REGINA, KANADA – Polis wilayah Saskatchewan, Kanada, mengeluarkan senarai ‘10 kejadian utama anda dilarang menghubungi talian kecemasan 911’ berdasarkan insiden pada tahun 2024, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Polis Diraja Kanada (RCMP) menyiarkan video di akaun Facebooknya menampilkan senarai 10 panggilan bukan kecemasan paling luar biasa yang diterima sepanjang tahun lalu.
Tempat ke-10 dalam senarai itu melibatkan individu yang memberitahu bahawa ada orang asing dalam senarai rakan media sosial mereka.
Seorang lagi pemanggil membuat panggilan kecemasan kerana ibu bapanya memaksa dia membersihkan bilik, manakala beberapa pemanggil menelefon talian 911 untuk meminta bantuan polis membuka kata kunci telefon bimbit masing-masing.
Terdapat pemanggil mengadu kucing peliharaan mereka menjadi ‘jahat’, malah ada juga meminta bantuan polis membaiki mesin basuh rosak.
“Sama ada anda kecewa dengan mesin basuh, terlupa kata laluan telefon atau mencurigai musang, panggilan 911 mesti dikhaskan untuk tujuan kecemasan sebenar dan jenayah yang sedang berlaku,” kata RCMP. – AGENSI