fbpx

2 maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan yang meragut dua nyawa di Jalan Kampung Gombang-Kampung Batu 28, Lenga, Muar petang semalam.

MUAR – Tindakan seorang warga emas keluar simpang secara mengejut ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila dia dilanggar seorang lelaki Indonesia dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Kampung Gombang-Kampung Batu 28, Lenga, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, warga emas berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala lelaki Indonesia berusia 41 tahun disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukliz Azman Aziz berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika warga Indonesia itu menunggang motosikal dalam perjalanan dari Lenga menuju ke arah Kampung Gombang.

Katanya, akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya serta bahu jalan.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah pada anggota badan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI