fbpx

[VIDEO] ‘Yang normal pun susah nak pergi ke surau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang wanita sebak melihat suaminya kategori orang kelainan upaya (OKU) penglihatan gigih mencari surau menggunakan kamera telefon bimbit kerana dia hanya dapat melihat sesuatu objek yang Jarak dekat.

Menerusi perkongsian oleh Wani Mustafa di TikTok, walaupun sudah lebih lapan tahun mendirikan rumah tangga, masih ada perkara tentang keadaan suaminya yang tidak disedari sepenuhnya termasuklah cara suaminya mencari papan tanda surau mahupun tandas.

“Bila terpandang gerak-geri dia mencari surau, mulalah rasa sedih sebab hanya bimbing dari jauh sahaja tadi. Rupanya dia akan gunakan kamera telefon untuk ‘zoom’ papan tanda surau atau tandas lelaki,” tulisnya di hantaran.

Wani turut mendedahkan, anak bongsu mereka sering menemani suaminya untuk mencari surau atau tandas, namun apabila anak mereka berada di sekolah, suaminya terpaksa bergantung kepada teknologi untuk mengatasi kekurangannya.

“Memang ada banyak lagi perkara yang kita takkan faham tentang orang kategori ini selagi kita tidak benar-benar mendalami kehidupan mereka,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kegigihan suami tersebut yang walaupun menghadapi kesukaran dalam penglihatannya.

“Bagus suami akak. Semoga berkekalan dunia akhirat dan dimurahkan rezeki selamanya,” kata Emma.

“Bagusnya suami akak, cari surau untuk pergi. Yang normal pun susah nak pergi ke surau,” komen Hafizashu.

“Bagus awak, banyakkan cerita pasal keadaan suami awak, supaya orang lebih tahu. Buta ni banyak jenis keadaan. Semoga sihat selalu sis dan suami,” ujar Wan. -KOSMO! ONLINE

@nursyazwanimustafa Walaupun aku dah berkahwin dengan dia lebih daripada 8 tahun, tapi jujurnya masih ada benda yang aku tak tahu tentang tahap penglihatan dia. Rupanya macam tu dia cari surau atau toilet jika dia berseorangan. 🥺 Selalunya akan ada “bayang-bayang kenit” akan follow dia mencari surau dan toilet. Tapi bila hari sekolah. Anak bongsu tu tak dapat teman papa dia. Jadi aku lupa yang suami tu perlu dibantu. So bila terpandang tadi gerak-geri dia mencari surau, mulalah rasa sedihnya sebab tak alert kebolehan mata dia. Aku cuma guide dia dari jauh je tadi. Rupanya dia akan gunakan camera fon untuk zoom signboard surau or toilet lelaki. Memang ada banyak lagi perkara yang kita takkan faham tentang orang buta selagi kita tak bergaul lama dengan mereka. Termasuklah aku, dah 8 tahun pun masih ada yang aku tak alert tentang dia. 🥹 Isu berkaitan penggunaan tongkat. Ramai sahabat2 dalam tiktok ni komen di vtt jatuh kolam tu. Dorang suruh suami guna tongkat putih. Ok nanti sy cuba buat content yang sesuai untuk fahamkan kenapa suami saya tidak menggunakan tongkat putih. Ada sebab2 yang munasabah. Nanti kita kupas isu itu ok jika saya ada masa lapang nanti k. 😊 #fypシ #life #blindB2 #CapCut ♬ bunyi asal – takdir & waktu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI