fbpx

[VIDEO] Wanita mengeluh ‘kondo’ penuh dengan orang luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang wanita mengeluh apabila kolam renang di kondominium didudukinya dipenuhi ‘orang luar’ yang dipercayai menyewa rumah di situ terutama sekali semasa musim cuti.

Menerusi sebuah video berdurasi 28 saat yang tular di media sosial, wanita tersebut merakam suasana kolam renang yang dipenuhi orang ramai yang sedang bermandi-manda.

“Alahai duduk dekat rumah sendiri pun tak privasi,” keluhnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan wanita tersebut yang dikatakan tidak bertimbang rasa.

“Kau beli rumah je kak, bukan beli kolam renang,” kata Muhammad Anis.

“Lain kali beli tanah, korek buat kolam sendiri. Nak berendam sampai kecut pun tak ada sesiapa kacau,” kata Nas.

Bagaimanapun ada juga yang memahami situasi dihadapi wanita terbabit apabila dikatakan semakin ramai pemilik rumah menjadikan rumah mereka sebagai tempat penginapan ataupun ‘airbnb’ (Airbed and breakfast).

“Kalau beli rumah Kondo, baru tahu apa kakak ini rasa. Beli rumah dapat sekali fasiliti untuk kegunaan pemilik rumah sahaja. Tapi bila ada pemilik rumah buat sewa atau jadikan Air bnb, orang lainlah guna. Secara peribadi, aku pun tak selesa Kondo dipenuhi orang luar sebab ramai yang tak nak ikut peraturan. Semua itu beri kesan kepada pemilik rumah yang tinggal di situ,” kata Khairul.

“Ada Kondominium yang tegas tak benarkan pemilik buat ‘home stay’. Bayaran penyelenggaraan bukan murah dekat RM400 sebulan, kalau pengurusan tak tegas rasanya memang ramai buat sewa dekat situ sebab tempatnya cantik,” kata Ala Mie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI