PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu bertindak mengundurkan kenderaannya di sebuah jalan raya mendapat kecaman orang ramai.
Melalui satu rakaman papan pemuka, pemandu tersebut dipercayai mengundurkan kenderaannya kerana tersalah laluan.
“Kereta tak salah, lori yang salah,” tulis kapsyen pada rakaman tersebut.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tidakan pemandu berkenaan yang dikatakan membahayakan keselamatan orang lain.
“Jenis aku kalau dah sesat jalan saja terus ikut jalan lain tembus tempat sama,” kata Mohd.
“Pemandu sekarang banyak buat hal jalanraya dah macam tempat bermain,” kata Ramlee.
“Bahaya kalau ada kereta follow belakang, nasib baik tak kena sondol,” kata Tango.
Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 100,000 kali. – KOSMO! ONLINE
@eefitri93kreta tak Salah Lori Yang salah