fbpx

Teroka bidang baharu, tingkat daya saing ekonomi negara – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada pelancaran Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025) di sini hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu meneroka bidang baharu seperti ‘blockchain’ dan tidak hanya bergantung kepada industri mikrocip serta semikonduktor semata-mata untuk memastikan kelangsungan dan daya saing ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa kegagalan untuk melangkah ke bidang baharu ini boleh menyebabkan negara ketinggalan dalam sektor ekonomi yang semakin berkembang.

“Seperti mana industri semikonduktor di Pulau Pinang itu agak lama, tetapi kalau tidak sedia untuk menerokai bidang baru kita akan ketinggalan.

“Kita juga harus bina kekuatan yang menyeluruh supaya kekuatan ini dapat membantu kita mengangkat semula (ekonomi negara),” katanya ketika berucap pada pelancaran Forum Ekonomi Malaysia 2025 (FEM2025) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI