SINGAPURA – Seorang wanita mengundang perhatian orang ramai selepas ‘menangkap’ seorang lelaki berstatus suami orang, berlaku curang dengan wanita lain semasa menaiki kereta api Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura, lapor portal berita Must Share News semalam.
Kejadian berlaku semasa dia berada di sebelah lelaki berkenaan di dalam sebuah gerabak MRT sekitar pukul 9 pagi (waktu tempatan) dari stesen Laluan Thomson-East Coast.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @limzo99 itu memaparkan perbualan antara lelaki itu bersama teman wanitanya.
“Saya rasa bersalah ketika saya melihat ubannya (isteri lelaki berkenaan),” demikian menurut mesej lelaki itu.
“Saya sudah berbincang tentang perasaan ini semasa kita baru memulakan hubungan ini tetapi awak memarahi saya dan mahu menyelesaikannya sendiri,” kata teman wanitanya.
Lebih mengejutkan, lelaki itu berlaku curang sambil memakai cincin perkahwinan pada jari manisnya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 392,000 tontonan dan menimbulkan kemarahan netizen.
“Mereka rasa bersalah tetapi mahu meneruskan (hubungan gelap)!” kata seorang netizen.
“Buang sahaja cincin itu! Taknak tapi mahu!” kata netizen lain. – AGENSI