fbpx

Sarawak ada potensi jadi hab tenaga baharu ASEAN – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika beramah mesra dengan Abang Johari pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) di sini hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR – Sarawak mempunyai potensi besar dijadikan sebagai hab tenaga baharu di rantau ASEAN di masa akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan pada pertemuannya bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba yang berlangsung esok.

Katanya, lawatan rasmi Ishiba selama dua hari ke Malaysia bagi membincangkan isu pelaburan, perdagangan dan peralihan tenaga.

Menurut Anwar, perancangan ini adalah hasil usaha Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dianggap kritikal untuk memacu transformasi tenaga di Malaysia.

“Kita akan bicara tentang isu pelaburan perdagangan dan juga suatu rencana baru yang sangat berbeza dari segi peranihan tenaga,” katanya ketika berucap pada perasmian Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI