fbpx

Sanders puas kembali pimpin Rali Dakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANDERS enggan cepat mendabik dada dengan prestasi semasa kerana saingan Rali Dakar masih lagi panjang. - AFP

ALULA – Pelumba pasukan Red Bull KTM, Daniel Sanders kembali mendahului saingan Rali Dakar dalam kategori motosikal selepas memenangi peringkat keempat perlumbaan yang berlangsung semalam.

Bagaimanapun, pelumba dari Australia itu tidak boleh berada dalam keadaan terlalu selesa kerana pencabar terdekat dari pasukan Monster Energy Honda, Tosha Schareina sedang menghimpit kedudukannya.

Meskipun berwaspada dengan ancaman pelumba-pelumba lain, namun Sanders gembira dan berpuas hati apabila dapat kembali menerajui saingan walaupun perjalanan dalam Rali Dakar masih jauh.

“Bagi saya, ini adalah peluang terbaik untuk menjarakkan kedudukan dengan pelumba-pelumba lain kerana pada perlumbaan terdahulu, saya banyak tercicir mata tetapi itu berada di luar kawalan saya.

“Sudah tentu sangat gembira dan bagi saya, cukup penting untuk mendahului saingan. Bagaimanapun, aksi selepas ini pastinya lebih mencabar, jadi saya perlu mendapatkan rehat secukupnya,” katanya.

Sementara itu, dia juga gembira apabila menjadi pelumba pertama yang dilepaskan bagi memulakan perlumbaan kerana ia memberi peluang kepadanya untuk fokus tanpa memikirkan mengenai pencabar lain.

“Sesuatu yang bagus untuk memulakan perlumbaan sebagai pelumba pertama kerana ada kemungkinan pelumba-pelumba di belakang melakukan kesilapan. Bagaimanapun, saya juga perlu memastikan tidak buat sebarang kesilapan,” ujar Sanders. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI