PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Timur negara sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri yang terjejas termasuk Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang,” katanya.
Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).
Tambahnya, Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama sehingga lewat petang ini. -KOSMO! ONLINE