KUALA LUMPUR – Rapid KL melancarkan tren dan bas pertama di Malaysia yang bertemakan ikon adiwira, Mechamato hasil kolaborasi dengan syarikat animasi tempatan, Monsta Studios Sdn. Bhd. hari ini.
Kolaborasi dengan Monsta Studios, syarikat di sebalik adiwira Mechamoto ini bertujuan untuk menarik minat generasi muda khususnya kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun, serta golongan Generasi Z terhadap penggunaan pengangkutan awam, sambal mempromosikan budaya tempatan.
Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail (LRT), Nor Azmi Mohd Yusof berkata, ini merupakan uasaha mereka untuk menjadikan pengangkutan awam lebih kreatif dan menarik kepada generasi muda.
“Kami berharap dapat menjadikan pengalaman menggunakan pengangkutan awam lebih menyeronokkan dan menarik minat kanak-kanak yang mungkin belum pernah mencuba pengangkutan awam,”katanya di sini hari ini.
Beliau menambah, menerusi kolaborasi ini, sebanyak tiga buah tren dan tiga buah bas dibalut dengan pelekat bertemakan adiwari Mechamato.
Serentak dengan pelancaran tren dan bas bertema Mechamato, Rapid KL turut melancarkan aktiviti Ride & Catch: Robot Hunt with Mechamato yang berlangsung sehingga 31 Mei ini.
Aktiviti ini memberi peluang kepada pengguna pas harian MyCity untuk mengumpul sebanyak 12 cop di 15 stesen terpilih dan menebus hadiah ekslusif iaitu MechaTrain.-KOSMO! ONLINE