fbpx

Premis ‘pilih pelanggan’ jual minyak masak diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN menemui minyak masak peket yang disorok di sebuah premis di Batu Kurau, Taiping semalam. - Foto IHSAN KPDN

TAIPING – Sikap pilih kasih sebuah premis di Batu Kurau di sini yang menjual minyak masak peket 1 kilogram (kg) kepada pelanggan tertentu mengundang padah apabila dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, menurut maklumat dan aduan orang awam yang tidak berpuas hati, peniaga terbabit dikatakan menjual minyak masak paket 1kg bersubsidi kepada pelanggan tertentu sahaja.

“Berdasarkan maklumat tersebut, satu tindakan uji beli melalui Ops Samar telah dilaksanakan dan hasilnya mendapati pekerja premis memaklumkan bahawa minyak masak peket telah habis dijual.

“Curiga dengan jawapan pekerja premis tersebut, satu pemeriksaan lanjut kemudiannya dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa beruniform dan telah menemui sebanyak 140kg minyak masak peket 1kg disimpan di stor simpanan barang,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, sehubungan itu, pasukan serbuan KPDN Taiping telah mengambil tindakan dengan menyita kesemua 140kg minyak masak peket 1kg tersebut.

Katanya, turut dirampas ialah beberapa dokumen berkaitan kerana disyaki secara palsu menafikan bahawa dia mempunyai barang kawalan berjadual iaitu minyak masak peket 1kg dalam milikannya.

“Kesemua barang rampasan dianggarkan berjumlah RM350. Kes akan disiasat di bawah akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI